Saturday, November 10, 2007

Trip 02 Kumpau Terlampau 06

Trip : 02
Lokasi : Karang 06
Tarikh : 08-09 Nov 07 (1:30pm - 8:00am)
Tekong : AhChuan

Ahli Komplot ;
1 - Mizi/Mij
2 - Fuad/MFF
3 - Mizal/Bulan
4 - ManSpek/ManMiya
5 - MatBD
6 - Alem
7 - Munit
8 - Bapak Man
9 - Lid (Adik ManMiya)
10 - Adzley (member Munit)
11 - Mie (member Munit)

Trip yang barlangsung pada Nov08-Nov09 2007 adalah trip yang paling mengeciwikan...pelbagai dugaan dan halangan yang ditempuhi,hasil yang diperolehi ala kadar serta menempuhi hujan dan ribut.Bertolak bersama AhChuan dari jeti kira-kira jam 1:30pm dan tiba di destinasi lebih kurang jam 5:30pm.Aktiviti bermula dengan casting,jigging dan menghanyut temenung...target utama tenggiri.Balingan pertama oleh Bulan sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari tekong membuatkan semua orang tergamam..1st Strike tapi apakan daya tiada rezeki..kes rabut..leader 80lbs putus...Semangat ahli komplot semakin membara,kemudian diikuti oleh Lie mandapat strike kedua.. melentur rod melayan kerenah tenggiri dan akhirnya berjaya menaikkan hasil pertama keatas bot.Tenggiri yang didaratkan dianggarkan seberat 3kg..emmm...tersenyum puas.Kemudian diikuti oleh Alem menaikkan tenggiri pulang dari mengaji..saiz mini..janji dapat lesen dah..Lid meneruskan aksi seterusnya dengan menaikkan tenggiri terakhir selepas bangun dari tidur kira-kira jam 6:30pm, anggaran berat 4kg+.Banyak lagi kes rabut oleh ahli komplot lain,apa boleh buat tiada rezeki.Aktiviti jigging langsung tiada sambutan,apa yang tak kena pun taktau lah.Jam 7pm bermula kategori bottom fishing oleh semua ahli komplot.Hasil yang diharapkan juga hampa,umpan MiJ tinggal kepala,MFF leader putus meninggalkan tanduk dan ladung menjadi tukun cuma harapan diletakkan pada Munit apabila rodnya melentur rakus dibaham jenahak tetapi kes ragut berulang kembali,mungkin kurang pengalaman....jangan kecewa.Aktiviti bottom terpaksa dihentikan kira-kira jam 10 jam disebabkan faktor keselamatan kerana kilat dan laut bergelora....ribut....bot terpusing, habis semua tali sangkut karang.Landing time.....
Keadaan laut masih bergelora sehingga jam 5am...ruginya...langsung tiada aktiviti..apabila menjelang subuh keadaan menampakkan perubahan,aktiviti pun berlangsung semula apatah lagi kawanan repuh mengelilingi bot, pelbagai teknik dan usaha dilakukan untuk menjinakkannya namun hampa.. langsung tiada sambutan.Begitu juga diawal pagi, tekong mensarankan aktiviti casting tenggiri dilakukan, masih juga tiada sambutan sehingga bertolak pulang pada jam 8am.


Stanby barang

Angkut barang

Angkut lagi

Angkut.. Mizal & Mie

MiJ & Alem

Berlepas ke 06..Munit,BD,MiJ,Mie,ManMiya,Lie & MFF

Harap2 ada la ikan makan umpan aku nanti..

Alatan perang I

Alatan perang II

Landing time...

Jaga2 mata kail sangkut mulut

Ni aku tunjuk skali lagi..lepaih ni hang buat sendiri...

Skipper Hasrul

Makan2 Lid,Munit & MFF

Perjalanan jauh..BD,MiJ,Munit,Mie,MFF,Mizal & Lie

Aksi Adzley dan tenggiri

Aksi Munet di asak Jenahak mega tapi hampeh...lucut

Kertang??

Adzley dan macarel

Stella power

Stella 10k bwk naik sauh

Led dan Tenggirinya...

MFF & Tenggiri

Munit & MFF

Adzley & Alu2

0 comments:

 
© free template by Blogspot tutorial