Thursday, October 25, 2007

Tenggiri Tuas Yan Oct25 07

Lokasi : Tuas Yan
Tarikh : 25 October 2007
Tekong : ???
Ahli Komplot
1 - Man Miya
2 - Bulan
3 - Munet
4 - Yaakob
5 - Alem

Salam semua..
Musim Tenggiri yang melanda di Tuas Yan menjadi bualan hangat ditempat kerja. satu trip yang tergesa2 telah diatur. Ahli komplot seramai 6 orang. Aku, Man Miya, Bapak Man, Yakob, Alem dan Munet. Nasib menyebelahi kami akhirnya ada satu bot yang kosong itupun setelah 4 tekong dihubungi.
Tepat jam 8 bot bertolak dari Kuala Sungai Udang. Sampai di unjam yg terdekat, aktiviti mencari umpan dengan teknik appolo.Terhuyung hayang la jugak sebab hari ni ombak begitu kuat. Leka melayan appolo sekali naik lima nam ekoq hingga tekong suruh berenti..hangpa nak mengail lama mana..ni umpan untuk tiga ari pun lepas dah..heheheh..
Sampai di Tuas yg pertama hampir 10minit baru ada ragutan. Umpan idup aku dilarikan Monster..tali tangsi 25 paun mencurah2..setelah diketatkan sedikit sekoq Marlin melompat tinggi..Tekong cakap patut la tenggiri takda kat sini...Setelah berhempas pulas akhirnya kemenangan berpihak kpd marlin...Frust kot tidak dpt ler aku lesen Marlin. Mungkin pengalaman kureng..
Tekong mengubah ke Tuas yg kedua. Tanpa membuang masa 5 umpan dilontarkan..aku dan Munet mengunakkan kaedah casting temenung kojol, Man miya ber Jigging, bapak man Miya dan Halim menganyut umpan idup semuanya disambar tenggiri hampir serentak. Yakob tak sempat nk baling umpan sebab nk gancu ikan...suasana menjadi kalut..Dalam hati kalau mcm ni mau sorang tiga empat ekoq ni..Empat ekoq berjaya didaratkan manakala Munet sekerat jalan dan rabut. Selepas hampir 10 minit tiada ragutan akhirnya rod Munet berjaya menaikkan sekoq lagi tenggiri. Ombak semakin kuat mengalun bot dan akhirnya pada pukul 1.10 petang tekong menyuruh potong tali ikat bot kat buluh.. mengajak kami balik kerana keadaan ombak yg merbahayakan..
Alhamdulillah kami selamat sampai di pengkalan..Di bawah gambar yg tak seberapa untuk tatapan kawan2.. lagi satu hangpa jangan gelak.. ni first time aku tulih report..hheheh...Yang bestnya..ini ler Tenggiri aku yg pertama dan bagi Man Miya Lesen jig dah dapat..aku bila lagi??

Editor
Mizal











0 comments:

 
© free template by Blogspot tutorial