Tuesday, June 3, 2008

Trip 08 Karang06 02June08 [05/08]

Trip : SG1 05/08
Lokasi : Karang 06
Tarikh : 02 Jun 2008
Tekong : AhChuan Teluk Bahang

Ahli Komplot ;
1 - Mizi / MiJ
2 - Mizal
3 - Yaakob
4 - Man spek / Manmiya
5 - Anuar / GelamaJe
6 - Munit / Pecah Periuk
7 - Alem
8 - MatBD
9 - Sapian
10 - HajiMat / Aji2
11 - Aidil

Hasil Tangkapan ;
6 ekor Jenahak
3 ekor Plotan
2 Cupak
1 Tenggiri
1 Alu-alu

Trip penghulu untuk aktiviti laut dalam ini boleh dikatakan success dengan penyertaan beberapa ahli baru yang mahu berjinak-jinak dengan FEEEL laut dalam.
Tempat pertemuan seperti biasa di jeti Teluk Bahang sekitar jam 12 tengahari disambut dengan hujan lebat yang membantutkan proses pemunggahan barang sehingga hampir 45 minit.Bot telah pun berlabuh sejak awal pagi cuma menantikan kehadiran semua ahli komplot untuk berlepas...AhChuan pun kata OK...ingatkan apa,rupanya hasil trip semalam...boleh tahan katanya.
Sekitar jam 2 petang bot mulalah membelah samudera menuju destinasi setelah mengisi minyak dan sebagainya.
Tiba di lokasi sekitar jam 5:30 petang....Yahhh...aktiviti Jigging pun bermula...
Strike pertama diterima oleh Manmiya tetapi rabut..kemudian Mij pula menerima strike...Hah..dapat..hasilnya tenggiri sekitar 3.5kg didaratkan.Tidak lama kemudian sekali lagi Manmiya mendapat strike dan hasilnya seekor Alu2 3kg didaratkan...lepas lauk makan malam yang akan disediakan ole Chef Mizal...katanya Alu2 masak asam,pergh sedap woooo.....first time chef la katakan......

Persiapan awal perasap senjata sebelum bot bergerak...

Berarak mendung kelabu......

Setiba dilokasi,AhEng dah tiba lagi awal...

Aktiviti petang sebelum makan malam....Pian(bertopi),Mat BD(kanan),Aji-aji(kiri) dan aidil.

Hasil tenggiri jig tunggal dari Mij..sebelum malam...
Manmiya dengan hasil jig juga....alu-alu...makan malam

Chef d'mission...Mizal .......

Alem dengan Jenahak dan cupak

Munit dengan jenahak

Anuar dengan Jenahak....

Aji-aji...dengan hasil mendremmmm

Mendung lagi ... awal pagi tapi air tenang bak tasik...

Tengah dok syok layan...bot kena tunda plak...Suma jiran punya pasal...

Antara hasil yang diperolehi.

0 comments:

 
© free template by Blogspot tutorial